Tuduhan membunuh Altantuya Sirul_Azhar_Umar

Azilah Hadri dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Shah Alam, antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt 2006 dikatakan mengambil bahan letupan jenis PE (Plastic Explosive), detonator cord dan CLC (cutting liner charge) dari stor UTK dan mereka sememangnya mempunyai kepakaran mengendalikan bahan letupan.

Deputi Supritendan Muhammad Koey Abdullah menyatakan bahan letupan itu berkemungkinan diletakkan dalam mulut dan bahagian atas badan Altantuya menyebabkan tulangnya berkecai manakala Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohd Shah Mahmood pula berpendapat ketika itu Altantuya telahpun dibogelkan kerana tiada sebarang cebisan kain dijumpai di tempat kejadian.PE jika diletupkan, ia boleh meruntuhkan keseluruhan satu bangunan. PE mempunyai "velocity of detonation" di antara 7000 meter sesaat sehingga 8500 meter sesaat. Secara teknikalnya pergerakan gelombang bunyi untuk RDX ialah 8500 sesaat bersamaan 8.5 km sesaat dan boleh merobohkan sebuah bangunan. [1]

Peguam bela Sirul Azhar ialah Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal .

Rujukan

WikiPedia: Sirul_Azhar_Umar http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?i... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite.... http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news_lite....